Manusia pula bangaimana? Mari kita buang sifat perkauman. Jangan diperbodohkan.

Tuesday, February 24, 2009

puisi buat seorang ibu..



bondaku



hari ini bertarikh 24 feb 2008..

tarikh 24 februari mungkin hari biasa bagi insan-insan lain di dunia ini..
tapi bagi aku..tarikh ini amat teristimewa buat diriku..kerana ia adalah tarikh ulang tahun kelahiran bonda kesayanganku..puan ZAITON BINTI HARUN...
aku amat kesal kerana berjauhan dengan bonda pada tarikh ini..bahkan aku rasakan pada hari ini ibuku agak kesunyian..kerana hampir kesemua anak2 beliau berada jauh dari sisi...
maafkan adek! sebab tak dapat bersama mak..

tapi bukan tarikh 24 februari yang mendetikkan perasaan sayangku padamu..
aku memang sayangkan ibuku setiap saat dalam hidupku...
perasaan sayangku padamu tidak pernah berbelah bagi...

satu puisi buatmu ibuku...
ikhlas dari hati sorang anak mu yang nakal dan degil..hanya untukmu..ibuku..terimalah


ibu,bonda,mak
engkaulah insan pertama dalam hidupku..
insan pertama dalam kaseh ku...
tidak dapat ku bayangkan gelapnya hidup tanpamu...
aku amat sayangkan mu..

maafkan aku..
ketika ku mendetikkan perasaan marah pada hatimu..
ketika aku degil mendengar nasihatmu..
ketika aku kekok dengan pelukan mu dihadapan rakanku..

maafkan aku..
atas semua perbuatan nakal ku semasa kanak-kanak..
atas semua kekasaran bahasaku padamu..
atas semua keingkaran ku padamu..
maafkan aku..
kerana aku tidak sengaja menyakiti hati sucimu...


terima kaseh..
atas semua kaseh sayang yang engkau curahkan padaku..
atas kesabaran melayani gelagatku..
atas semua saat yang engkau luangkan bersama ku..

kerana aku amat menghargaimu..
aku amat menyayangi..
aku amat mencintaimu..
engkaulah ibu terbaik bagiku...

"MAK...
selamat hari ulang tahun kelahiran adek ucapkan...
setiap hari adek doakan mak...
adek sayang mak sangat-sangat!"

YA ALLAH aku amat bersyukur padamu..menghadirkan insan sebaik ini didalam hidupku..
terima kaseh!..panjangkanlah umur dan limpahilah ibuku dengan kesihatan yang baik..AMIN.

~tazo~

No comments: