Manusia pula bangaimana? Mari kita buang sifat perkauman. Jangan diperbodohkan.

Thursday, March 5, 2009

abstrak pemikiran menyimpang..


masa berdetik pergi..meninggalkan aku
aku maseh disini tanpa arah tuju..
sudah hilang arah kah aku?sudah hilang perasaan kah kamo?
aku terdiam disini tanpa apa-apa perasaan..terasa tiada apa yang istimewa disisiku..
hanya memandang kehadapan yang maseh kabur..

sering kali aku mencoret tentang kebenaran,tentang perasaan,tentang keharusan..
namun semua itu untuk mengembalikan diri yang telah lama dibawa ombak kekosongan...
terasa hilang ditengah lautan manusia bergerak bebas..
terasa lemah dalam bilik yang serba kekosongan...
apa yang telah terjadi??
apa yang patut aku dan kita lakukan??


disana terletak harapan,
disana terletak kebenaran,
disana terletak tujuan..

semua itu amat jelas
tapi kenapa kita maseh mencari2 sesuatu yang sendiri tidak pasti...
perjadahkan semua usaha ku..permatikan semua tindakan ku..

ya...
engkau lebih kuat..
engkau lebih berkuasa..
engkau yang berada diatas..memandang jijik orang dibawah..

dan engkau..
dikanan dan dikiri...adakah hanya melihat??
melihat si atas meratah sang lemah?
tanpa rasa kasihan..kerana itu lah lumrah manusia...
kepentingan untuk keselamatan diri lebih penting...

disana orang bercakap...
disana orang berdebat.tentang kuasa dan pengaruh..
tanpa menyedari bahwa mereka hanya lah lantikan orang dibawah
sedari lah dirimu..sedarilah bangsamu melihatmu..


aku berfikir tanpa tujuan..
hanya abstrak pemikiran semata-mata..
tentang dunia ciptaan tangan2 kita sendiri...

bercakap tentang sorang kanak2 menangisi seorang ibunya
tentang remaja dan arah tujunya
tentang kuasa dan ketamakan
tentang ijazah dari jalanan...

gelak tawa..
rintihan tangisan..
keluhan sesalan..
kegembiraan kekosongan..
permainan perasaan yang tidak akan hilang dari manusia..

bukalah hatimu..
bacalah hati ku..
kami disekelilingmu..
wahai orang diatas..
kerana kau juga dibawah jika bukan kerna kami yang dibawah ini..


abstrak pemikiran,
~tazo~

1 comment:

scha said...

semua orang suda berjiwa seni nampak nya..hahaha!